Thursday, February 7, 2008

Untuk Dijual : Teres 2 Tingkat, Taman Kelisa Emas (Carrefour), Sbrg Jaya


Lokasi : Taman Kelisa Emas, Seberang Jaya, P.Pinang

Pegangan : Hakmilik Bebas (Free Hold)

Keluasan : 20' x 73'

Status : Belum Diduduki (Baru)

Bilik : 4 Bilik Tidur, 3 Bilik Air

Kemudahan : Bersebelahan Sekolah, Berdekatan Masjid Seberang Jaya, Berhadapan Taman Permainan, Berhampiran Carrefour Sbrg Jaya, hanya 5 minit ke Hospital Sbrg Jaya

HARGA Setakat Februari 2008 : RM288,000.00 Sila Hubungi 012-6568926 (Cdee)

Untuk Dijual : Apartment Desa Daya, Bukit Jambul, P.Pinang

Lokasi : Persiaran Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Alamat : 8-1-1 Desa Daya, Persiaran Bukit Jambul, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pegangan : Hakmilik Bebas (Free Hold)
Keluasan : 800 kaki persegi
Status : Diubahsuai (Ruang Tamu, dll)
Bilik : 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air
Kemudahan : Kawalan Keselamatan 24Jam, Tempat Letak Kereta

HARGA TERKINI : Sila Hubungi 012-6568926 (Cdee)

Thursday, November 15, 2007

Projek 3 dalam 1 bulan

Bulan Oktober 2007 agak mencabar buat kami, bermula di rumah pertama (Taman Intan Cempaka, Batu Kawan, P.Pinang) dengan permintaan untuk mengubahsuai bahagian dapur (dalaman) dilengkapi dengan kabinet dapur (atas & bawah), walaupun projek hanya baru mencecah 25% , namun jiran-jiran sekitar sudahpun terpikat dengan kualiti kerja & rekabentuk yang menarik. Apa lagi, 2 tempahan berikutnya juga diterima untuk pengubahsuaian dapur dalaman & juga ruang hadapan, termasuk pintu pagar bilik hadapan & ruang tamu. Kecekapan, ketelitian & kemahiran staf kami terbukti mampu menyiapkan ketiga-tiga projek ini dalam masa sebulan sahaja! Berikut adalah snapshot dari rumah pertama;

Permulaan projek

Dapur asal yang akan diubahsuai

Dapur sudah dihiasi dengan seramik

Kemasan seramik yang sangat menarik

Inilah hasil kerja bermutu tinggi

Pemilihan warna dapur kabinet yang sesuai dengan seramik

Monday, September 10, 2007

Projek Baru siap: Apartment mewah Bkt Jambul, P.Pinang

Pada penghujung bulan Ogos 2007, sebuah lagi projek terkini berjaya kami siapkan mengikut jadual yang dirancang. Projek ini melibatkan dekorasi baru dan juga ubahsuai dalaman untuk sebuah apartment mewah bertempat di Bukit Jambul, P.Pinang. Berikut adalah hasil kerja yang bermutu tinggi dari kami khas untuk citarasa pelanggan yang memiliki apartment mewah ini;

Bahagian tepi siling atas dengan corak menarik


Bahagian hujung siling atas dengan penjuru yang kemas


Dekorasi bahagian tengah siling atas dengan corak terkini


Gaya unik bahagian siling atas setelah dipasang kipas kawalan jauh dan lampu hiasan

Hubungi kami untuk dekorasi baru dan ubahsuai kediaman unik anda!

Sunday, September 2, 2007

Gaya Unik Menceriakan Suasana

Kami menawarkan pakej pembinaan, dekorasi dalaman dan luaran, pengubahsuaian dan kejuruteraan bangunan yang unik dan menarik mengikut citarasa terkini dan memenuhi kemampuan anda.

Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah;
  • Merekabentuk & Pembinaan rumah/pejabat baru
  • Pengubahsuaian dalaman dan luaran
  • Penggubahan Lanskap
  • Pendawaian & Pemasangan Perkakasan Elektrik
  • Pemasangan Penghawa Dingin
  • Pemasangan & Membaiki Paip Air
  • Pemasangan Pagar Besi/Grill
  • Pembersihan & Mengecat Bangunan

    Hubungi kami di 012-6568926 @ cdeebiz@gmail.com untuk memenuhi citarasa kediaman anda!

    Cawangan: No. 10, Lorong 7, Taman Sutera Prima, 13700 Seberang Jaya, P.Pinang.