Thursday, November 15, 2007

Projek 3 dalam 1 bulan

Bulan Oktober 2007 agak mencabar buat kami, bermula di rumah pertama (Taman Intan Cempaka, Batu Kawan, P.Pinang) dengan permintaan untuk mengubahsuai bahagian dapur (dalaman) dilengkapi dengan kabinet dapur (atas & bawah), walaupun projek hanya baru mencecah 25% , namun jiran-jiran sekitar sudahpun terpikat dengan kualiti kerja & rekabentuk yang menarik. Apa lagi, 2 tempahan berikutnya juga diterima untuk pengubahsuaian dapur dalaman & juga ruang hadapan, termasuk pintu pagar bilik hadapan & ruang tamu. Kecekapan, ketelitian & kemahiran staf kami terbukti mampu menyiapkan ketiga-tiga projek ini dalam masa sebulan sahaja! Berikut adalah snapshot dari rumah pertama;

Permulaan projek

Dapur asal yang akan diubahsuai

Dapur sudah dihiasi dengan seramik

Kemasan seramik yang sangat menarik

Inilah hasil kerja bermutu tinggi

Pemilihan warna dapur kabinet yang sesuai dengan seramik